
Sulit
5 tahun
Susah bernafas dan sakit tekak
Assalamualaikum saya wanita umur26 Baru pulang dari kg 16march. Lepas balik dri kg Saya dpt rasa saya susah nak bernafas and Masuk hari ke 2 tekak mula rasa sakt now hari ke 3 masih tiada demam and batuk. perlu ke kk atau tidak

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Waalaikumsaam. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Sekarang kita sedang mengalami wabak coronavirus. Oleh itu, kami memahami kebimbangan anda.
Berdasarkan simptom kesukaran bernafas dan sakit tekak iainya merupakan salah satu dari gejala coronavirus. Namun begitu, seperti yang anda ketahui, gejala ini sangat umum dan berkait rapat dengan masalah lain. Oleh kerana itu penilaian risiko terhadap jangkitan ini perlu dinilai.
Anda boleh melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya. Langkah ini adalah bertujuan untuk mengurangkang kesesakan di hospital dan klinik keishatan.
Buat masa sekarang, saya nasihatkan anda untuk mengawasi simptom anda. sekiranya semakin teruk atau berlarutan, sila dapatkan pemeriksaan serta rawatan lanjut dengan doktor.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Di kesempatan ini juga saya ingin mengingatkan anda untuk tinggal di rumah seperti yang diarahkan oleh pihak berkuasa dan hanya keluar sekiranya perlu. Dengan kerjasama semua pihak, saya berharap wabak ini dapat dibendung sebelum ianya bertukar menjadi lebih parah. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini