Sulit
2 tahun
Susah sangat nak tidurr
Hi doctor ,im a girl and 20y/o . My problem is susah sangat nak tidur , can u imagine 4subuh-6pagi mata saya still tidak ada rasa nak tidur . Bila nak tidur sy rasa otak saya masih berjalan , saya rasa dah penat tapi still tak dapat tidur , if doktor kata mybe i banyak fikir and ada tidur siang , tak kot Sometimes im stress sangat stress bila nak tidur tapi tak dapat tidur . Do you think i should take the naturol melatonin gummies or any suggestions for me doctor ? Thankyou
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah tidur yang anda hadapi. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya ialah:
- Stress dalam kehidupan harian
- Jadual kerja yang menggangu masa tidur
- Amalan tidur yang kurang memuaskan seperti penggunaan komputer atau telefon bimbit sebelum tidur.
- Makan dalam kuantiti yang besar sebelum tidur
- Penyakit-penyakit psikiatri seperti kemurungan dan keresahan. Bagi sesetengah kes insomnia, sukar tidur tanda sakit mental.
- Sesetengah ubat asma, ubat darah tinggi, ubat tahan sakit dan ubat selsema.
- Masalah kesihatan yang lain seperti kanser, diabetes, penyakit jantung, asma, pedih ulu hati, penyakit tiroid dan penyakit Alzheimer.
- Kafein, nikotin (bahan racun dalam rokok)
Selain itu, sedikit tips untuk anda, amalan sleep hygine adalah salah satu cara mendapatkan tidur yang lena pada waktu malam. Iaitu:
- Elakkan makan dan minum sebelum waktu tidur. Ambil makan malam anda lebih awal.
- Masuk tidur pada waktu yang sama setiap hari untuk membina pola tidur anda
- Elakkan melihat skrin atau alat elektronik sebelum tidur
- Banyakkan bersenam dan bergerak aktif pada waktu siang untuk membantu anda lebih lena pada waktu malam
- Tidur dalam keadaan gelap, sunyi dan suhu yang selesa
Dapatkan tidur yang lena untuk teruskan aktiviti harian !
Berkenaan dengan rawatan suplemen atau ubat-ubatan disyorkan kepada anda, maklumat lanjut tentang diri anda seperti status kesihatan anda secara menyeluruh diperlukan sebelum sebarang rekomendasi atau kesimpulan boleh dibuat. Sila klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan nasihat dan penerangan selanjutnya. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah ini. Terima kasih