
Sulit
4 tahun
Suspek dijangkit covid
Saya pergi satu restaurant di cameron highland pada 1 & 2 jan 2021,mana tahu ada satu penyakit covid 19 telah mengunjungi restaurant itu pada 29 dec 2020, adakah saya berisiko dijangkit?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang COVID-19. Untuk makluman anda, menurut KKM, kumpulan yang wajib membuat ujian adalah kontak rapat dan mereka yang mempunyai gejala. Kontak rapat COVID-19 adalah mereka yang berhubung rapat dalam lingkungan SATU meter dengan kes yang telah DISAHKAN POSITIF.
Menurut KKM juga, kontak rapat adalah dikategorikan kepada kumpulan berikut:
- Pendedahan daripada penjagaan kesihatan, seperti petugas kesihatan yang mengendalikan kes Covid-19 tanpa kelengkapan perlindungan peribadi (PPE) sewajarnya, pelawat, dan pesakit di dalam wad sama dengan pesakit Covid-19.
- Orang yang bekerja bersama pesakit Covid-19 dalam persekitaran yang rapat, atau berkongsi bilik kelas dengannya.
- Orang yang membuat perjalanan bersama pesakit Covid-19 dalam apa jenis pengangkutan pun.
- Orang yang tinggal dalam rumah yang sama dengan pesakit Covid-19.
Sekiranya anda adalah kontak rapat, saya yakin KKM akan menghubungi anda untuk lakukan ujian swab dalam masa 14 hari. Namun sekiranya anda bukan kontak rapat, buat masa sekarang, saya menasihatkan anda untuk mengasingkan diri dan memantau gejala COVID19. Sekiranya anda mempunyai gejala, sila berhubung dengan KKM untuk tindakan selanjutnya.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Jika anda masih ragu-ragu dengan keadaan anda, sila berjumpa dengan doktor supaya tindakan selanjutnya dapat dilakukan. Bagi keputusan swab test, ujian rapid kit memberikan keputusan segera dan RT-PCR mengambil masa beberapa hari untuk mendapatkan keputusan.
Gejala yang dialami oleh seseorang individu adalah berbeza. Tiada corak tetap yang boleh menunjukkan bahawa gejala yang dialami pasti disebabkan oleh COVID-19. Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lebih lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Kami di DoctorOnCall juga menyediakan khidmat ujian COVID19 dari rumah anda. Klik pada link ini untuk maklumat lanjut.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini