
Sulit
3 tahun
Swab test covid untuk kontak rapat
Pesakit tested negative covid, perlu tak kontak rapat kepada pesakit membuat ujian saringan covid

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, seseorang akan diklasifikasikan sebagai kontak rapat sekiranya mereka:
- Bersemuka dengan pesakit positif covid-19 kurang daripada 1 meter
- Bersentuhan dengan pesakit positif covid-19
- Tinggal serumah dengan pesakit positif covid-19
- Berada di dalam premis yang tertutup bersama pesakit positif covid-19
Kontak rapat pesakit negatif covid-19 tidak perlu melakukan ujian saringan kerana mereka bukanlah kontak rapat pesakit positif covid-19. Namun, anda disarankan untuk melakukan ujian saringan sekiranya mengalami simptom-simptom jangkitan covid-19.
Saya berharap kenyataan diatas dapat membantu dan sekiranya anda memerlukan penjelasan yang lebih lanjut, anda boleh bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini