Sulit
2 tahun
Sy mengalami Hyperthyroid
Salam doc… Sy wanita berumur 20 an… Adakah perkara Yang terbaik utk merawat hypertyroid melalui pembedahan? Dan pada tahap mana doc akan mencadangkan pembedahan dilakukan?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, berikut merupakan antara cara mengatasi penyakit tiroid:
- Ubat antitiroid seperti propylthiouracil, carbimazole dan methimazole membantu mengurangkan pengeluaran hormon tiroid.
- Beta-blocker digunakan untuk mengurangkan kadar denyutan jantung bagi pesakit dengan hipertiroidisme yang mempunyai peningkatan kadar degupan jantung.
- Iodin radioaktif akan diserap ke dalam kelenjar tiroid dan akan menyebabkan kemusnahan pada kelenjar tiroid secara beransur-ansur.
- Pembedahan boleh dilakukan untuk mengeluarkan keseluruhan atau sebahagian kelenjar tiroid.
Namun sebelum mengambil sebarang rawatan, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Telinga, Hidung dan Tekak.