
Sulit
3 tahun
Sya 2 bulan x datang bulan test
Sya dengn suami pjj…last bersama bulan 6 tapi bulan 7 sya datang bulan lepas kena covid…smpai sekarang bulan 9 sy x priod test upt kabur…tolong jelas kan

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Kami memahami kerisauan anda mengenai masalah haid lewat anda dan kami akan cuba membantu anda.
Berdasarkan penerangan anda, anda telah mendapat haid selepas bersama dengan suami pada bulan 6. Memandangkan anda tidak mengadakan hubungan seksual selepas itu, anda tidak mungkin hamil. Selain kehamilan, haid lewat boleh disebabkan oleh beberapa punca seperti :
- Gangguan tekanan
- Masalah berat badan
- Penggunaan ubat perancang
- Masalah tiroid
- PCOS
- Fibroid rahim
- Sista ovari
Kami menyarankan anda untuk merujuk kepada doktor untuk mengetahui punca sebenar masalah anda dan seterusnya mendapatkan rawatan yang tepat. Anda boleh menggunakan khidmat konsultasi atas talian kami untuk bercakap dengan doktor pakar sakit puan.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Anda masih risau tentang haid lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!