
Sulit
4 tahun
Sya keliru …tentang pil perancanv kuarga
Sya mengamalkan perancang keluarga…sya mengambil perancang keluarga jenis pil(mercilon) ketika bersama suami…suami tidak membuang air mani nya di dlm…tetapi di luar…akan kah sya berisiko akan hamil…?ini adalah pek kedua sya mkn perancang jenis mercilon

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, pil perancang kombinasi mengandungi dua jenis hormon sintetik estrogen dan progesteron. Mereka berfungsi dengan meniru fasa luteal dalam kitaran haid. Hal Ini menghalang pembebasan LH dan FSH yang diperlukan untuk ovulasi. Selain itu, kontraseptif gabungan juga mengurangkan risiko kehamilan dengan menebalkan lendir serviks untuk mencegah sperma masuk serta menipiskan dinding endometrium untuk mengurangkan kemungkinan implantasi janin.
PIl ini harus diambil setiap hari pada masa yang sama. Pada 7 hari pertama pengambilan ubat ini, anda harus mengamalkan kaedah perancang lain seperti kondom sementara menunggu ianya berkesan. Sekiranya pil ini diambil mengikut arahan, risiko anda untuk hamil adalah nipis kerana ianya 99% berkesan dalam mencegah kehamilan walaupun suami anda melepaskan air mani di dalam anda semasa hubungan intim.
Hanya untuk makluman anda, sekiranya anda tidak mengambil pil perancang ini dan situasi di atas berlaku dimana anda melakukan hubungan intim tetapi tidak melepaskan air mani, keberangkalian untuk hamil masih ada kerana berkemungkinan pre-cum (cecair yang keluar sebeluum air mani) berkemungkinan mengandungi sperma.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.