Sulit
3 tahun
Tak Boleh Tifor Waktu Malam
Saya lelaki berumur 46 tahun dan mengalsmi indomnia dah setshun yang lalu.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Makanan yang digalakkan untuk membantu seseorang tidur dengan lebih lena adalah makanan yang mengandungi melatonin atau asid amino tryptophan. Melatonin berfungsi mengawal kitaran tidur/bangun, membantu anda jatuh tidur dengan lebih cepat dan mengurangkan kekerapan bangun pada waktu malam. Asid amino tryptophan pula membantu meningkatkan tahap serotonin (kimia otak) yang jika rendah, boleh menyumbang kepada insomnia. Makanan yang mengandungi melatonin termasuk kekacang seperti almond, susu dan buah-buahan seperti pisang dan nanas.
Elakkan alkohol dan perangsang seperti nikotin dan kafein. Kesan kafein boleh bertahan selama beberapa jam sehingga menganggu kitaran tidur/bangun seseorang. Walaupun alkohol mempunyai kesan sedatif untuk beberapa jam pertama selepas diminum, ia boleh menyebabkan tidur malam yang tidak tenang.
Petua-petua lain untuk membantu anda tidur dengan lebih lena termasuk:
- Tetapkan jadual waktu tidur dan bangun anda.
- Hadkan tidur siang.
- Pastikan anda bersenam dengan mencukupi. Walau bagaimanapun, elakkan senaman berdekatan dengan waktu tidur kerana kesan perangsangnya boleh menganggu tidur anda.
- Hadkan aktiviti di atas katil. Elakkan menonton televisyen, penggunaan komputer atau telefon bimbit.
- Elakkan makanan atau minuman sebelum tidur.
- Sediakan persekitaran tidur yang selesa. Kurangkan suhu, keterangan dan bunyi bising dalam bilik.
- Kurangkan stres sebelum tidur.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.