Sulit
4 tahun
Tak selera makan dan tak keluar haid
Saya wanita 38thn dan sudah berkahwin nk dekat dua tahun belum mempunyai zuriat dan saya ada masalah haid tidak teratur.masalah saya sekarang saya kurang selera makan dan dh tak keluar haid selama 3 bulan,adakah saya hamil? Saya ada penyakit kencing manis dan kolestrol tinggi.bantu saya,terima kasih
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Untuk makluman pihak anda, masalah perut yang tidak selesa boleh berkaitan dengan masalah haid anda atau berpunca daripada masalah perut anda. Antara punca haid lewat adalah:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.