
Sulit
3 tahun
Takut menerima vaksin
Saya pelajar berumur 19 tahun,saya mempunyai anxiety,saya takut untuk menerima vaksin, bolehkah pesakit anxiety menerima vaksin?saya takut terkena penyakit berbahaya selepas terima vaksin.tolong bagi penjelasan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai keselamatan vaksin COVID-19 untuk anda. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, berdasarkan informasi terkini, sekiranya anda mempunyai penyakit Anxiety, pengambilan vaksin untuk diri anda boleh dipertimbangkan dan digalakkan. Anda perlu menyatakan tentang maklumat kesihatan semasa mendaftar vaksin COVID-19.
Namun, tanpa perlindungan daripada vaksin, anda berisiko tinggi untuk mengalami komplikasi yang serius jika dijangkiti COVID-19
Oleh itu, adalah lebih baik anda mendapatkan kepastian selanjutnya dari doktor atau doktor pakar mengenai masalah ini. Anda juga boleh menghubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC). Selain daripada itu, teruskan rutin kerap melakukan kebersihan tangan dengan baik, amalkan penjarakan sosial/fizikal, memakai pelitup muka di luar rumah dan patuhi SOP pandemik yang lain.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
cprc@moh.gov.my
Anda amat disarankan untuk menghubungi doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah yang anda alami.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini