
saidatulikmal
6 tahun
Tangan kebas, sukar bernafas dan mata kabur. Adakah ada kaitan dengan diabetes?
Saya berusia 34 tahun. Saya tidak pernah mengetahui jika saya ada masalah diabetes sehinggalah pada hari ini. Saya berpuasa dan saya rasa pandangan lebih kabur dari kebiasaan, saya rasa sesak nafas dan saya rasa kebas pada kedua-dua tangan dan kaki. Jadi saya cuba untuk cek paras gula dan bacaannya 5.8. Saya Google keputusan itu dan tertulis saya mengalami pre-diabetic. Jadi bagaimana untuk saya tangani masalah ini. Ibu dan ayah saya juga penghidap diabetes dan ayah terpaksa dipotong kaki akibat diabetes. Mohon doktor boleh bantu saya dalam mengatasi masalah ini. Terima kasih

6 tahun
Selamat Sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Untuk mengatasi masalah ini, anda perlu menjalani ujian diabetes iaitu Oral Glucose Tolerance Test. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk kepada doktor kerana maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat
Sila berbincang dengan doktor kami untuk mendapatkan untuk penjelasan yang lebih tepat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih