Sulit
3 tahun
Tapak kaki kerap sejukuk
1.kerap tapak kaki sejuk
2.kaki kiri kebas2
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kami bersimpati dengan masalah yang anda hadapi iaitu tapak kaki berasa sejuk dan kebas. Namun begitu, maklumat yang anda berikan masih belum cukup untuk kami membuat sebarang kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi.
Untuk makluman anda, kemungkinan penyebab dari gejala yang anda hadapi ialah:
- Penyakit Raynaud
- Kesan ubat seperti ubat kelas “Calcium Channel Blocker”, “Beta Blocker”
- Kesan penyakit seperti SLE, Sjogren, Scleroderma
Selain itu, gejala kaki mudah berasa sejuk juga boleh disebabkan anemia (kurang sel darah merah) ataupun penyakit hipotiroid. Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.