Sulit
2 tahun
Tarik nafas tidak panjang
Salam doc…sy ingin bertanya hr ni sy sempuk dan hendak tarik nafas panjang tak lepas sakit terasa didada sebelah kanan…time saya buat activity seperti berjalan dan berbasikal dan saya akan rasa ok…dan adakala dada kanan saya terasa sedikit panas
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan kenyataan di atas, kami memahami bahawa anda mengalami sesak nafa, sakit dada pada masa tidak menentu. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, simptom yang anda alami boleh disebabkan daripada beberapa penyakit. Antaranya adalah:
- asma
- COPD
- pulmonary embolism
- pneumothorax
- angina stabil
- sakit jantung
- pericarditis
- masalah rima jantung
- masalah otot atau sendi
Berikut merupakan diagnosis umum mengenai penyakit yang mungkin menyebabkan simptom anda. Kami tidak dapat memberikan nasihat rawatan serta diagnosis yang tepat tanpa sejarah kesihatan, pemeriksaan fizikal serta ujian klinikal.
Bagi maklumat lanjut, sila hubungi doktor kami secara atas talian. Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.