
hafizie83
5 tahun
Tekak kering lenguh badan suhu badan jap ok jap xok
Saya wanita berumur 37 thn saya telah buat saringan corvid .19 di hari kesembilan saya xsuhat dia mengambil sampel tekak n hidung result telah saya dapat adalah negatif tp ha rini hari ke 12 pun masih xok lg dah buat xray d hospital doktor kata ok.virus ni bleh hidup dlm bdn kita berapa lama.

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, tempoh inkubasi virus COVID-19 adalah selama 14 hari dimana ianya akan memanifestasikan simptopm atau gejala selepas 14 hari. Tempoh virus berada dalam darah dan dalam badan adalah bergantung kepada individu.
Anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini