Sulit
4 tahun
Tekak sakit bila nk telan
Tekak sy tiba2 sakit nk telan…bila mkn lg sbuh nk telan…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah sakit tekak yang dihadapi. Malangnya saya kurang pasti dengan soalan yang ingin anda ajukan kepada pihak kami.
Namun begitu, masalah sakit untuk menelan ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Ulser
Keradangan- mulut, tekak, atau esophagus akibat daripada tonsilitis, pharyngitis, laringitis, atau esophagitis.
Tembakau, alkohol atau ubat-ubatan
Kanser
Minum minuman yang sangat panas atau sejuk- untuk jangka masa yang lama boleh menjejaskan lapisan perlindungan esofagus.
Jangkitan Candida
Penyakit refluks Gastroesophageal (GERD)
Komplikasi rawatan perubatan seperti terapi radiasi untuk kanser dan sesetengah ubat preskripsi juga boleh mengakibatkan kesakitan tekak ketika menelan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.