Sulit
3 tahun
Telinga berdesing pangkal hidung dan tekak melekit
sy lelaki 35thn mslh sy telinga bdesing dah lama hidung selalu tersumbat dan pangkal hidung dan tekak selalu melekit dan kering. rasa x selesa bila telan liur. xda demam xda selesema xda batuk.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang masalah yang dihadapi.
Untuk makluman anda, masalah sebegini mungkin disebabkan oleh:
- Radang tonsil
- Radang telinga (otitis media)
- Polip hidung
- Bendasing di dalam telinga atau hidung
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Namun ini hanyalah keterangan am, pemeriksaan fizikal di klinik amat diperlukan sebelum sesuatu diagnosis dibuat. Oleh itu saya menasihatkan anda untuk berjumpa doktor di klinik bagi mendapatkan pemeriksaan dan rawatan lanjut.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.