Sulit
3 tahun
Telinga kiri tidak selesa
hi.kemarin sy membersihkn telinga menggunakan putik kapas secara perlahan namun hri ni sy merasakn seperti tekanan di sebelah kanan apabila sy bersendawa.adakah sy mengalami jangkitan kuman?pada hjg bulan 3 telinga kanan sy luka dan berair dan telah sembuh pada hjg bln 4.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Jangkitan dalam telinga
Radang dalam telinga akibat penggunaan putik kapas atau tindakan mengorek telinga
Pembengkakan kelenjar di belakang telinga
Mastoiditis - Jangkitan pada tulang berhampiran telinga
Kista
Abses atau nanah
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.