
jospie31
5 tahun
Tempoh boleh melakukan hubugan seks
Saya remaja usia 20 tahun, sya pernah menghidapi penyakit kelamin dah telah mendapatkan rawatan, bolehkah saya melakukan hubugan seks dengan pasangan saya yang tidak ada penyakit kelamin Dan belum mendapatkan rawatan masalah kelamin Dan berapa lama saya boleh melakukan hubugan seks tanpa kondom setelah saya pulih sepenuhnya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi, keterangan yang anda berikan adalah kurang lengkap. Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat. Hal ini kerana terdapat banyak jenis penyakit kelamin seperti Sifilis, Chlamydia, Gonorrhea, dan lain-lain yang mempunyai tempoh perawatan yang berbeza-beza. Sebaiknya anda menjelaskan lebih lanjut mana satukah penyakit kelamin yang anda hidapi.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih