
Sulit
4 tahun
Tempoh jarak period saya tidak teratur
Gap period saya adalah selama 12-18hari sahaja setiap bulan, dan tempoh period saya adalah 15 hari. Adakah itu normal?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, cara untuk mengira kitaran haid adalah dari hari pertama haid hingga hari pertama haid seterusnya. Purata kitaran haid adalah 28 hari. Kitaran boleh berlaku antara 21 hingga 35 hari pada wanita dewasa dan 21 hingga 45 hari pada remaja muda. Berdasarkan tempoh jarak haid dan pendarahan haid anda, ianya adalah normal. Sebaliknya, jika tempoh jarak haid anda semakin berkurang atau kerap haid dalam sebulan, anda disyorkan untuk berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan selanjutnya.
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Namun, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!