
Sulit
4 tahun
Tempoh pulih infeksi telinga
Haii slmt petang sy nk tanya klu enfeksi kedua belah telinga berapa lama efeksi akan pulih sepenuhnya??telinga sngat x selesa saat mkn menelan tunduk dn menguap…rasa dengung dan tersumbat

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, sukar untuk saya memberi tempoh berapa lama masa yang diambil untuk telinga anda sembuh. Hal ini kerana, ianya bergantung dengan punca, tahap keseriusan, rawatang serta individu tersebut sendiri. Hal ini menyebabkan masa yan diambil untuk seseorang sembuh adalah berbeza.
Akan tetapi, untuk pulih dengan cepat, saya sarankan untuk anda merujuk masalah ini kepada doktor bagi mendapatkan pemeriksaan serta rawatan lanjut. Kemudian, lakukan rawatan yang diarahkan dengan betul dan konsisten.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.