Sulit
3 tahun
Tengkuk sakit bila buat pergerakan selepas test EMG dan NCS di tangan dan tengkuk k
Hai sy perempuan berusia 28 tahun. Pada 25 ogos 2020 sy ada buat test EMG dan NCS di bahagian tangan dan tengkuk. 27 Ogos sy mula merasa sakit di tengkuk apabila membuat pergerakan sebelah kanan. 28 ogos sy mula alami kebas kaki dan demam. Rasa sakit di bahagian tepi leher sehingga ke belakang telinga. Adakah si3ini biasa berlaku selepas menjalani test EMG dan NCS? Berapa lama tempoh biasa keadaan ni berlaku? Adakah sy perlu ke klinik atau kecemasan untuk masalah ini? Sy ada telan paracetamol untuk demam dan tahan sakit malangnya tiada kurang rasa sakit. Ada cara tidak utk kurangkan sakit di tengkuk ini?
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, ujian-ujian EMG dan NCS tidak membawa kesan sampingan yang teruk. Anda cuma boleh berasa lenguh atau sakit otot di bahagian yang diuji. Simptom yang anda alami mungkin tidak berkaitan dengan sejarah ujian EMG dan NCS anda.
Sehubungan itu, sakit tengkuk yang anda alami boleh disebabkan oleh masalah berikut:
- Kecederaan pada tengkuk
- Masalah pada gusi atau gigi yang merebak ke leher
- Masalah jantung
- Masalah pada saraf tulang belakang
Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Dapatkan penerangan lebih lanjut dan nasihat atau rawatan yang diperlukan di sini. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.