
Anonymous
5 tahun
Terasa nyeri dan tak selesa membuang air selpas ambil injection gonorea
saya dah ambil suntikan tetapi rasa terkencing kerap dan buang air besar masih ada lagi.apa patut saya lakukan.saya telah ambil ubat selama 5 hari. nanah saya tidak pasti tetapi kencing saya dah tak terasa sakit cuma selepas kencing mula sakit.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Anda dinasihatkan untuk minum lebih air dan mengambil makanan kaya serat seperti sayur-sayuran hijau. Ia boleh jadi akibat tindak balas badan untuk sembuh atau sebagainya. Terdapat banyak kebarangkalian untuk hal ini. Jika gejala tersebut bertambah teruk atau berterusan untuk beberapa hari lagi, anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor atau klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.