Sulit
2 tahun
Terasa pening nak pitam yang sering terjadi
Salam doktor…saya lelaki berumur 19 tahun dan berat badan 115 dengan ketinggian 179…saya ingin bertanya kenapa kadang-kadang saya rasa pening macam nak pitam…biasanya terjadi pada waktu malam…dan apabila saya membuang hajat terasa nak pitam…minta pencerahan dari doktor .
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Anemia (kurang darah merah)
- Migrain
- Tension headache
- Tekanan darah rendah
- Hipoglisemia
- Masalah psikologi: Keresahan ( anxiety) , kemurungan ( depression ), stres
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.