
Sulit
4 tahun
Terjebak dengan ganja
Saya lelaki dalam umur 20an ,saya terjebak dgn ganja sbb nak larikan diri dari masalah,tapi saya cuma hisap ganja beberapa kali,boleh bgtau saya mcm mna cara untuk membersihkan ganja dari dalam badan dalam tempoh terdekat,sebab saya nak masuk kerja and saya menyesal

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Kami turut bersimpati dan mengambil serius dengan keadaan yang dialami oleh pihak encik. Walau bagaimanapun berikut adalah gambaran awal yang boleh kami sampaikan kepada pihak encik.
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, pengambilan ganja ini memberikan banyak kesan sampingan. Antaranya:
- personaliti lebih agresif
- keradangan usus
- mati pucuk
- mual/loya
Bagi mengelakkan kesan sampingan untuk berhenti mengambilnya, rawatan terapi bersama doktor diperlukan kerana tiada alternatif ubat ubatan.
Disamping itu terdapat kajian yang menyatakan bahawa tempoh kandungan ganja yang akan berada dalam tubuh badan manusia bervariasi dari beberapa jam sehingga 90 hari. Anda boleh cuba untuk tingkatkan kadar minuman harian dan perbanykkan senaman sebagai salah satu langkah untuk mempercepatkan pengeluaran ganja dari sistem tubuh.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap diatas talian dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih.