Sulit
3 tahun
Terlalu sukar buang air besar
Srlamat pagi saya sering mengalami sukar buang air besar flm seminggu saya tidak ada rasa hendak buang air besar walaupun mkn banyak saya dh mkn ubat sembelit tapi tetap xblh buang air besar jgk
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu sukar untuk buang air besar atau sembelit. Untuk makluman pihak anda, masalah sembelit yang anda alami ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Pengaruh gaya hidup- Pola makan yang kurang sehat, seperti kekurangan serat serta kekurangan air
- Menunda buang air besar
- Pengaruh ubat-ubatan- Ubat-ubatan tertentu seperti suplemen kalsium, suplemen zat besi, ubat antiepilepsi, antidepresan, antipsikotik, dan antidiuretik boleh menyebabkan sembelit
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca sembelit, dan seterusnya medapatkan rawatan yang sesuai, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Buat masa sekarang, saya sarankan untuk anda:
- Makan banyak buah-buahan
- Banyakkan serat dalam pemakanan
- Banyak minum air
- Jangan tangguh apabila mahu ke tandas
Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih