nia.ainnia11
4 tahun
Terlupa mengambil pill yasmin
Sy consume yasmin. Beberapa hari lepas, selepas bersama dgn suami. Sy terlupa makan pada esok hari, selepas pulang kerja, baru sy makan pill tersebut. Adakah sy berisiko hamil?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, risiko kehamilan dengan mengambil pil perancang adalah sebanyak 1%. Menurut kisah anda, risiko itu tidak meningkat memandangkan anda mengambil langkah sewajarnya iaitu makan sejurus anda ingat dan anda dinasihatkan untuk meneruskan untuk mengambil ubat tersebut seperti yang ditetapkan. Namun, suami anda disarankan untuk menggunakan kondom selepas ini selama 7 hari sekiranya anda ingin bersama.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.