Sulit
2 tahun
Tertanya mengenai hiv
Hi. Sy sebelum ni kerap melakukan seks dengan ramai lelaki. Tanpa kondom. Adakah sy boleh terkena hiv? Sy tiada simptom sperti ulser/demam. sy belum buat test hiv lagi. Tapi tahun depan sy dh plan nk brkahwin.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas petanyaan anda.
Untuk makluman anda, risiko bagi jangkitan HIV adalah lebih tinggi sekiranya anda mempunyai hubungan seksual dengan ramai pasangan tanpa menggunakan kondom. Kondom boleh mencegah penularan HIV dan penyakit kelamin lain. Kami menasihatkan anda untuk menjalani ujian STD untuk memastikan kesihatan seksual anda. Anda boleh rujuk perkara ini kepada doktor professional untuk mendapatkan nasihat lanjut.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara peribadi dan sulit.
Kami berharap jawapan ini membantu anda. Terima kasih.