Sulit
2 tahun
Testis bengkak sebelah kanan dan sembelit
Saya lelaki umur 38 tahun kerap melakukan onani masalah skrg testis sebelah kanan bengkak dan keras… tetapi tidak sakit dan saya juga setiap hari mengalami masalah sembelit?apakah masalah testis bengkak berpunca dr sembelit?
2 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan maklumat di atas, kami memahami bahawa anda mengalami masalah testis yang bengkak serta sembelit. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, testis kanak lebih besar daripada kiri adalah normal. Ia tidak semestinya berpunca daripada masalah penyakit. Namun begitu, terdapat beberapa penyakit yang boleh memberi simptom testis bengkak seperti:
- Penyakit kelamin (STD)
- Orchitis
- Epididymal cyst
- Hydrocoele
- Varicocoele
- Torsion testes
- Kanser testis
- Hernia
Berikut hanyalah diagnosis umum perihal penyakit yang boleh menyebabkan simptom anda. Kami tidak dapat memberikan nasihat rawatan serta diagnosis tepat tanpa sejarah kesihatan, pemeriksaan fizikal serta ujian klinikal.
Selain itu, kemungkinan masalah sembelit menyebabkan testis bengkak adalah rendah. Ia masih boleh berlaku contohnya dalam masalah hernia tetapi sering diikuti dengan simptom lain seperti sakit perut atau tak boleh kentut. Kami menyarankan agar perkara ini dirujuk kepada doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan rawatan yang jelas. Harap maklumat ini membantu anda.
Terima kasih.