Sulit
3 tahun
Tiada Cervical mucus
Hi. Jika tiada cervical mucus boleh jadi punca sukar hamil ke? Ada ke wanita yang tiada cervical mucus? Bagaimana kalau tiada cervical mucus tersebut, apa yang perlu dilakukan? Logik ke setiap bulan sukar jumpa hari subur?
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, cervical mucus adalah penting untuk kehamilan. Kerana ia berfungsi untuk membantu sperma berenang ke ovum. Terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah yang anda hadapi seperti:
- Kesan sampingan ubat seperti antihistamine ataupun ubat batuk
- Faktor umur
- Kurang berat badan
- Hormon tidak seimbang
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.