Sulit
2 tahun
Tiada demam atau batuk hanya selsema sahaja tetapi hilang deria bau
Saya tidak mengalami demam atau batuk hanya selsema shj tetapi sye hilang deria bau
2 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Gejala yang anda alami dapat dikaitkan dengan pelbagai masalah atau gangguan, sehingga ia memerlukan pemeriksaan yang lebih komprehensif bagi menetukan rawatan yang terbaik.
Umumnya, hilang deria bau boleh disebabkan oleh banyak perkara, antaranya:
- Alahan
- Penyakit asma
- Polip hidung
- Benda asing di dalam saluran nafas
- Gangguan saraf
Walau bagaimanapun ia juga boleh menjadi salah satu tanda dan gejala:
- gangguan cemas
- serangan panik
- dan gangguan psikiatri yang lain
Namun perkara-perkara diatas tetap memerlukan pemeriksaan fizikal di klinik atau hospital. Oleh itu saya menasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor sekiranya gejala sebegini kerap berulang dan mengganggu rutin harian anda.
Hidung tersumbat atau sukar bernafas? Dapatkan kelegaan segera.
Anda juga dinasihatkan berjumpa dengan doktor (secepatnya) sekiranya mengalami gejala berikut::
- Sesak nafas
- Demam
- Batuk
- Pitam
Justeru itu, untuk mendapatkan rawatan, pemeriksaan lanjut perlu dilakukan. Tambahan lagi anda juga boleh mendapatkan informasi secara langsung (di atas talian) dengan doktor kami yang bertugas kami di (DoctorOnCall).
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Otolaryngologist kami sedia membantu.