Sulit
2 tahun
Tiada deria rasa dan pening kepala ringan
Saya lelaki berusia 18 tahun dan saya seorang crew dari Restaurant fast food . Pada hari pertama saya sakit tekak selepas itu saya mulai demam. Keesokan hari demam saya berkurangan dan saya menghidap selsema. Sebaik sahaja demam pulih saya mulai pening kepala dan hilang deria rasa disebabkan oleh selsema. Adakah itu gejala jangkitan covid 19?. Semoga dapat memahami dan menjawab soalan saya serta berikan jalan atau solusi. Terima kasih.
2 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan kenyataan di atas, kami memahami bahawa anda mengalami gejala sakit tekak, demam, selsema, pening kepala dan hilang deria rasa. Kini anda bimbang jika ianya disebabkan oleh jangkitan COVID-19. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, kumpulan simptom yang dinyatakan boleh disebabkan oleh banyak perkara. Antaranya adalah:
- Jangkitan COVID-19
- Influenza
- Typhoid
- Jangkitan salur penafasan bahagian atas
- Radang sinus
- Alahan
Berikut merupakan senarai umum penyakit yang boleh menyebabkan gejala anda. Kami tidak dapat memberi diagnosis tepat tanpa sejarah kesihatan, pemeriksaan fizikal serta ujian klinikal. Kami sarankan agar anda mendapatkan kit ujian kendiri COVID-19 secepat mungkin terutamanya jika mempunyai sejarah kontak rapat. Anda juga sepatutnya tidak bekerja atau ke tempat awam apabila mempunyai simptom sedemikian.
Bagi pertanyaan lanjut, sila hubungi doktor kami secara atas talian. Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini