Sulit
3 tahun
Tidak datang haid berturut-turut
Salam doc,saya nana berusia 27 taun dan sdh berkhwin… sya mempunyai mslh haid tdk datang berturut turut 1taun, kdg 6bulan… sdh berjmpa dngn doktor berdekatan katanya smua normal dan bisa hamil. Apa yng patut sya buat doc… sya rasa tdk subur jika tdk dtg haid dan sngat sukar ntuk dpt chya mata… apakah sya mempunyai maslh??
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Untuk makluman anda, haid lewat boleh menjadi normal atau sebaliknya. terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
- kehamilan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.