
Sulit
5 tahun
Tidak datang haid selepas gugur
Sy wanita berumur 28 tahun dan baru sahaja keguguran kali kedua pada 18/2/2020, keguguran pertama adalaha 2 tahun lepas, dan ini adalah keguguran ke 2 sy. Selepas pembersihan seluruh pada 18/2/2020, sehingga kini sy tidak didatangi haid lagi. Dikala mpo ini sy buntu doct. Tidak tahun apa yg harus sy lakukan.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
- kehamilan
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.