
Anonymous
5 tahun
Tidak datang haid selepas suntikan depo
Saya sudah 3 tahun tidak datang haid sejak mengambil suntikan depo. Tapi sekarang sudah stop ambil suntikan depo itu. Kali terakhir suntikan itu adalah pada september tahun lepas. Bagaimanakah untuk kembalikan haid saya seperti normal?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda kesan suntikan depo memerlukan sehingga setahun untuk tubuh anda pulih kepada kesuburan asal/daripada kesan sampingan. Antara sebab lain haid tidak teratur adalah:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk mengetahui punca haid tidak teratur,maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.