
Sulit
4 tahun
Tidak datang haid tetapi tidak mengandung
Saya wanita berumur 24tahun dan mempunya seorg anak berusia 2 tahun. Selalunya kitaran haid saya tak pernah terganggu . Sepatutnya 2 minggu lepas haid saya patut datang , tapi sudah masuk 15 hari saya lambat haid . Saya telah buat pregnancy test pada hari ke 11 dan 15 lewat period dan dua-2 negatif . Dan saya tidak mempunya simptom mengandung seperti alahan , sickness dsb . Apakah punca period saya delay dan apa patut saya buat ??? Perlu ke saya ke klinik kerajaan dan minta ubat turun haid ??? Saya tidak mengamalkan apa-2 jamu mahupun perancang . Ada kawan saya berkata barangkali kerana permakanan saya yg tidak terjaga di bulan Ramadhan dan Syawal yg membuatkan period saya terganggu ??? Mohon pencerahan doktor . For info berat Ramadhan 75kg , sekarang 82kg

4 tahun
Salam sejahtera.
Terdapat dua kondisi sahaja di mana haid yang lewat adalah normal, iaitu semasa haid baru bermula atau semasa haid kian berakhir atau menopos. Punca-punca yang boleh menyebabkan kitaran haid yang tidak teratur termasuk:
• Gangguan hormon
• Hamil
• Penyusuan badan
• Sindrom Polisistik Ovari atau PCOS
• Masalah kelenjar tiroid seperti hypothyroidism dan hyperthyroidism
• Prolactinoma iaitu sejenis tumbuhan otak yang merembeskan hormon prolaktin
• Alat mencegah kehamilan seperti pil perancang keluarga, IUCD atau suntikan hormon
• Ubat sawan, ubat muntah, ubat psikiatrik, ubat hormon serta ubatan tradisional seperti jamu dan ubatan alternatif seperti ubat pelangsing badan boleh mengganggu kitaran haid
Haid yang lewat untuk dua hari sahaja merupakan kondisi yang biasa. Punca utama haid yang tidak teratur adalah gangguan hormon di dalam badan kita. Terdapat pelbagai faktor yang boleh mengganggu keseimbangan hormon di dalam badan dan keadaan ini boleh menyebabkan haid yang lewat. Tekanan emosi, stres, kurang tidur, letih, makan tidak mencukupi, jadual makan yang tidak tetap serta susutan atau tambahan berat badan yang berlebihan boleh menyebabkan haid lewat untuk beberapa hair dan perdarahan haid juga mungkin akan bertambah atau berkurangan.
Jika anda masih risau tentang keadaan haid anda, atau jika anda mengalami gejala lain seperti perdarahan haid yang banyak, perdarahan faraj yang tidak menentu masa, demam panas atau sakit senggugut yang serius, anda disyorkan untuk berjumpa dengan doktor secepat mungkin.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.