
Sulit
5 tahun
Tidak pasti penyakit
Saya lelaki berumur 19 tahun. Tekak saya ada kahak wwdah dikeluarkan ia masih ada, saya sudah pergi hospital 2hari lepas. Dr mengatakan jangkitan pada tonsil. Dsn ditambah dengan angin sukar untuk keluar dan menyebab kurang selesa bila bernafas. Mohon pencerahan dari doktor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, konsultasi di platform ini adalah terhad berbanding dengan doktor di hospital. Masalah jangkitan tonsilitis boleh dirawat dengan menggunaka ubat yang diberikan oleh hospital. Maka, saya sarankan untuk anda mengambil ubat seperti yang diarahkan oleh doktor anda. Sekiranya masalah sukar bernafas anda disebabkan tonsil tersebut, sekiranya keradangan tonsil tersebut telah sembuh, masalah sukar bernafas anda juga akan sembuh.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.