
Sulit
4 tahun
Tidak period selama 1bulan dan kencing keluar darah berurat
Sy sudah berkahwin dan period last 5/3 until now xdtg period…cek upt semua negative…4@5 hari tiap kali kencing akan keluar darah berurat dan ketul2… adakah itu darah period ? Sekarang bulan puasa, jdi sy musykil puasa sy masih sah atau batal ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami haid lewat, seperti:
- Sindrom polisistik ovari atau PCOS
- Ketidakstabilan hormon
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Berat badan: Berat badan berlebihan dapat mengganggu kitaran haid seseorang
- Umur: Golongan remaja dan wanita perimenopaus seringkali mengalami masalah haid tidak teratur
- Tekanan emosi atau stres
- Aktiviti harian yang terlalu aktif dan padat
- Kehamilan
- Penggunaan perancangan keluarga seperti pil perancang
- Penggunaan ubat-ubatan
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Anda masih risau tentang haid tidak lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Sukar untuk kami katakan sama ada darah yang dikatakan oleh anda itu merupakan darah haid ataupun darah yang keluar semasa membuang air kecil. Puncanya perlulah diketahui terlebih dahulu.
Sila berjumpa dengan doktor sekiranya anda mengalami gejala di bawah:
- Demam
- Sakit perut atau ari-ari
- Pening dan sakit kepala
- Loya dan muntah-muntah
- Kerap dan sakit ketika membuang air
- Gatal-gatal di kawasan kemaluan
- Gejala mengganggu aktiviti harian, tidur dan aktiviti seksual
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.