Sulit
3 tahun
Tidur senang terjaga pada waktu malam
Salam doctor, saya lelaki berumur 22 tahun dan saya student. Kebelakangan ni, saya mmg ada masalah untuk tidur di malam hari. Tapi saya dah cuba untuk betulkan masalah tidur saya. Kini dalam pukul 9 saya dah tidur, tapi kerap terjaga pada pukul 11, lepastu tidur balik,lepastu terjaga balik. Sampai la sebelum sahur dalam pukul 4 lebih mcmtu. Tidur saya lena kejap je, lepastu boleh dengar surrounding. Apa yg perlu saya buat untuk saya dapatkan tidur malam yg enak. Bt
W, saya tak tidur pagi
3 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah ini dikenali dengan nama insomnia iaitu masalah kesukaran untuk tidur dan kekal lena ketika tidur. Ianya boleh disebabkan oleh:
- Kemurungan
- OSA
- Faktor umur
- Masalah tiroid
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.