
Sulit
4 tahun
Tonsil kanan lambat mengecut
Saya wanita 34 thun tonsil bengkak dan ada putih pada permukaan tonsil hampir 6 hari… Dah habis kan antibiotik. Selamat 5 hari… Tonsil sebelah kiri nampak dah surut tapi masih ada bintik putih sedikit… Tapi tonsil kanan surut sedikit sahaja dan lambat brbanding tonsil kiri… Ada kah normal? Sepatutnya berapa hari masa yg di ambil untuk pulih? Tq…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, tonsil kembang ini mengambil masa selepas sembuh untuk mengecut. Akan tetapi, tidak ada masa yang tetap untuk tonsil ini mengecut selepas sembuh. Oleh itu, sukar untuk saya menjawab soalan anda. Selain itu, terdapat situasi di mana tonsil itu tidak mengecut walaupun telah sembuh terutama selepas jangkitan tonsil yang parah.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.