
tengku.mairina
6 tahun
TTC dan senggugut yang terok
saya wanita berumur 33 tahun, perkahwinan pertama bertahan hampir 4 tahun dan baru mendirikn rumahtangga kali kedua 3 bulan yg lepas selepas 2 tahun bercerai. tiada anak perkahwinan pertama. sejak sekolah saya senggugut kuat dan setiap bulan saya akn makan pontalong utk melegakan sakit saya. senggugut saya setiap bulan berlanjutan selama 3 hari. adakah sebab saya makan pontalon itu menyebabkan saya susah mengandung? sebelum bernikah kali ke 2 saya telah membuat rawatan pap smear dan vaginal scanning, alhamdulillah semua ok. 2 bulan sebelum berkahwin saya telah consume acid folic. adakah sbb saya makan pontalon yg menyebabkan saya susah mengandung? terima kasih doc.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Ubat Pontalon (mefenamic acid) adalah ubat tahan sakit yang tidak boleh digunakan untuk ibu mengandung semasa trimester ketiga dan apabila hampir tiba masa untuk melahirkan anak. Elakkan penggunaan ubatan sebegini semasa ingin mengandung. Selain itu, anda juga memerlukan pemeriksaan yang lebih lanjut mengenai sengggugut anda.
Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami yang bertauliah secara atas talian. Harap membantu. Terima kasih.