Anonymous

2 years

Ujian Air Kencing positif dadah

Seorang kawan saya ditahan polis dan ujian air kencing positif dadah lalu dibawa AADK dan ditempatkan di pusat pemulihan pada awal minggu lepas

Soalan saya, adakah keputusan air kencing itu muktamad? Atau perlu menunggu keputusan rasmi dari makmal hospital yang menjalankan ujian air kencing untuk dadah? Dan biasa, berapa lama untuk mendapat keputusan rasmi tersebut?

Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda

Berdasarkan pernyataan anda diatas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.

Untuk makluman anda, ujian strip air kencing yang dilakukan oleh pihak polis dapat mengetahui jika terdapat kandungan dadah dalam tubuh badan seseorang atau tidak melalui ujian ke atas air kencing mereka. Jika seseorang itu telah menggunakan dadah tersebut, warna pada strip yang digunakan akan berubah dan menunjukkan bahawa seseorang itu telah menggunakan dadah. Namun, biasanya pihak polis akan membawa sampel air kencing orang tersebut ke makmal untuk dipastikan dengan lebih lanjut. Tempoh untuk memproses air kencing tersebut adalah berbeza tergantung kepada makmal tersebut.

Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat maklumat yang tepat. Anda juga boleh merujuk kepada doktor kami secara atas talian untuk mendapat rawatan serta maklumat yang lebih lanjut.

Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor

lelaki%201

Do you know that your immune system plays role in the effectiveness of vaccines?

Prevention is better than cure. Is My Body Ready to Fight Infection? Find Out in only 5 short minutes!

Health Forum

Explore health related questions.