Sulit
3 tahun
Umur saya 41, saya disahkan mengalami diabetic sejak umur awal. sekarang saya masih mengamnil Metformin 500 MG Tablet … 2 biji setiap kali dimakan 2 kali sehari
Umur saya 41, saya disahkan mengalami diabetic sejak umur awal. sekarang saya masih mengamnil Metformin 500 MG Tablet … 2 biji setiap kali dimakan 2 kali sehari. boleh saya tau, berapakah sugar level yg sebenarnya utk pesakit diabetic sewaktu di pagi hari (on fasting)? Setakat ini sugar level saya 7.7 waktu saya bangun.
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Gula (glukosa) dalam darah diperolehi dari sumber makanan bagi membekalkan tenaga kepada badan dan otak. Walaubagaimana paras gula (glukosa) dalam darah boleh menjadi terlalu rendah atau terlalu tinggi akibat dari kegagalan badan megimbangi kitaran gula dalam badan.
Aras | |
---|---|
Normal | |
Puasa (sebelum makan) | 4.0 – 6.0 mmol/l |
Rawak (bila-bila masa) | 5.6 – 8.3 mmol/l |
Abnormal | |
Hiperglisemia | 11.1 mmol/l |
Hipoglisemia | 2.8 mmol/l |
Anda disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor sekiranya mempunyai sebarang kemusykilan lagi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.