
Sulit
4 tahun
Untuk memastikan sama ada masalah kencing kotor yg di alami merupakan masalah yg serius atau tidak
Saya baru sahaja dapat result medical check up saya… dan dapati pada bahagian urine feme - microscopy (white blood cell : 33) … saya diberitahu bahawa ia nya adalah masalah kencing kotor… saya tiada symptoms seperti pedih, tiada sakit bahagian bawah ketika kencing dan sebagainya. Cuma kadang2 bila kencing rasa macam nk kencing lagi. Rasa kencing tak habis. Adakah ini masalah serius doc? Apa yg perlu saya buat ye?
Untuk bahagian yg lain seperti kecing manis, buah pinggang, cholesterol n etc, semua nya normal dan bacaan cantik.
Harap doc dapat jawab soalan saya ini.Terima kasih ye.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, kencing kotor dapat dirawat dengan menggunakan antibiotik. Buat masa sekarang, antibiotik sememangnya merupakan rawatan yang paling berkesan. Namun tidak semua orang akan diberi antibiotik. Hal ini kerana pemberian antibiotik secara berleluasa tanpa indikasi yang sewajarnya akan memberi peluang kepada bakteria melawan antibiotik.
Oleh itu, terdapat kriteria yang perlu dipatuhi semasa pemberian antibiotik. Contohnya, pesakit haruslah mempunyai simptom kencing kotor dan pesakit yang mengandung tetapi tidak mempunyai simptom. Hanya 2 golongan ini yang digalakkan diberi antibiotik. Golongan yang tidak mempunyai simptom dan tidak mengandung disarankan minum banyak air untuk mencuci saluran air kencing sekaligus membasmi kuman. Anda disyorkan untuk minum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari.
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih