
Sulit
3 tahun
Upt positif selepas itu negatif
Sya telah buat test air kencing pada tanggal 02/07/21 hasilnya positif kemudian sya periksa lg lpas sminggu hasilnya tetap sma positif tapi bila sya check hari ni 14/08/21 dia negatif . tnggal 28/07 sya prsaan ada kluar darah bila hari k-3 darah yg kluar ada ketul² tapi perut sya tidak sakit . perut saya slalu sakit dlm msa 1 mnggu ni sbelah kiri . boleh terangkan doktor apa mslah yg sya dpat ni ya ?

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami.
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, ujian kehamilan digunakan untuk mengesan hormon human chorionic gonadotropin (hCG). Hormon ini terhasil sewaktu kehamilan. Ujian kehamilan juga mempunyai banyak faktor yang boleh menganggu keputusannya. Gangguan ini boleh menyebabkan keputusan false positive. False positive bermaksud ujian menyatakan anda hamil walaupun anda tidak hamil. Antara faktor-faktor yang boleh menyumbangkan kepada keputusan false positive ialah:
- penyakit nefrotik proteinuria
- tubo-oavri bernanah
- kanser kolon dan pangkal rahim
- kesilapan pengendali
Ujian kehamilan urin boleh memberikan keputusan yang tepat dalam lingkungan 97% jika dilakukan dengan betul.Jika anda mengalami simptom-simptom kehamilan seperti loya, muntah atau keletihan anda boleh berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat menggunakan ujian kehamilan darah.
Oleh itu, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor dengan kadar segera untuk pemeriksaan fizikal dan maklumat lanjut. Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Terima kasih, kami berharap jawapan ini membantu anda.
doctoroncall-og-image.png1200x630
Find Best Obstetrician & Gynaecologist In Kuala Lumpur - Book Appointments,…
Best Obstetrician & Gynaecologist near me in Kuala Lumpur. Book doctor appointment online, schedule consultation, view reviews, address, phone number of Obstetrician & Gynaecologist in Kuala Lumpur | DoctorOnCall