Sulit
2 tahun
Upt sebelum due period positive
Hi, sy wanita berumur 26 tahun. Bulan 5 yg lepas sy buat upt 2 mggu sblum period sewaktu dlm keadaan subur dan keputusan positif kerana blkg sy sakit sgt dan rse tidak selesa, sy ulang semula pada esok hari upt keputusan nye mnjdi negatif. Dan sy period pd waktu yg tepat. Soalan sy. Adakah sy pregnant atau tidak? Terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, beberapa faktor boleh menyebabkan keputusan UPT anda menjadi seperti berikut, antaranya ialah:
- Anda mengandung tetapi hormon terlalu rendah untuk dikesan
- Kerosakan alat ujian kehamilan
- Penggunaan teknik yang salah
- Keguguran
- Kehamilan ektopik (luar rahim)
Ujian kehamilan perlu dilaksanakan sekurang-kurangnya 2 minggu selepas lewat datang haid dan disarankan untuk dilakukan pada waktu pagi.
Sila klik pada link ini (Ujian kehamilan) untuk mengetahui cara menggunakan UPT dengan tepat.
Namun, secara kesimpulannya, jika ianya positif, maka keseluruhan ujian adalah positif walaupun garisan itu nampak seperti samar dan kabur.
Kami sarankan anda untuk berhubung dengan doktor kami di atas talian supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan kami membantu anda, terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.