
Anonymous
6 tahun
Waktu period panjang
Saya berumur 26 tahun,sudah berkahwin.Saya period setiap bulan tetapi period saya mengambil masa yang lama (12-14 hari) untuk berhenti…period saya keluar moderate,tak banyak…pada awal dan hujung period saya berwarna coklat hitam tapi banyak,tu yang lambat berhenti… …adakah itu normal?..ke masalah hormon?..

6 tahun
Selamat Sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Haid berpanjangan boleh disebabkan oleh
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding
- Penggunaan alat IUD
- Kanser rahim atau cerviks
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk merujuk kepada doktor kerana maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat
Sila berbincang dengan doktor untuk mendapatkan untuk penjelasan yang lebih tepat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsultasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!