Ejakulasi Pramatang

Penyebab Ejakulasi Pramatang (Cepat Pancut)

Baca Soalan

  • Aktiviti seksual antara pasangan adalah antara aspek penting yang perlu dijaga dalam sesebuah perhubungan.
  • Kecelaruan atau gangguan terhadap komponen ini boleh memberi kesan negatif kepada kedua - dua belah pihak.

Punca masalah ejakulasi pramatang

  • Punca di sebalik masalah yang paling ditakuti oleh kaum lelaki ini adalah pelbagai. Bergantung kepada jenis ejakulasi pramatang yang dihadapi, berikut merupakan sebab-sebab kepada soalan yang mungkin diutarakan pasangan anda iaitu,’mengapa pancut awal?’.
  • Untuk jenis yang pertama iaitu ejakulasi pramatang primari, pesakit tidak dapat mengawal pancutan atau ejakulasi sepanjang hidupnya. Ia disebabkan oleh faktor keturunan atau masalah yang melibatkan gangguan di dalam sistem saraf.
  • Jenis yang kedua pula adalah kerana penyakit lain yang dihadapi lelaki.
  • Antaranya adalah:
    • kadar hormon tiroid di dalam badan menjadi tinggi (hipertiroidisma)
    • radang pada organ prostat
    • masalah yang berhubung kait dengan psikologi seperti tekanan dan keretakan di dalam perhubungan dengan pasangan
  • Walaubagaimanapun, terdapat dua lagi sebab yang lebih banyak menyumbang kepada berlakunya masalah ini. Ianya adalah kerana kadangkala ketika hubungan kelamin berlangsung, lelaki akan membiarkan diri mereka untuk mencapai klimaks dengan lebih cepat agar kepuasan boleh dinikmati dengan segera.
  • Dengan itu, walaupun masih pada tahap awal aktiviti seksual, mereka sudah membayangkan untuk mencapai ejakulasi dengan pasangan mereka.
  • Sebab kedua pula adalah masalah ejakulasi pramatang ini mungkin terjadi untuk sementara waktu, tanpa penjelasan yang jelas dari segi sains.

Golongan yang berisiko menghidap ejakulasi pramatang

  • Terdapat beberapa keadaan di mana seseorang lelaki itu mungkin mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat ejakulasi pramatang. Antaranya adalah masalah mati pucuk. Seorang individu dikatakan sebagai mati pucuk apabila tidak mampu untuk mencapai atau mengekalkan ereksi pada zakar ketika aktiviti seks.
  • Jadi, atas sebab tersebut, maka individu itu mungkin mahu secepat mungkin mencapai ejakulasi semasa kemaluannya masih tegang.
  • Masalah kesihatan seperti sejarah serangan jantung juga boleh meningkatkan kebarangkalian untuk terjadinya ejakulasi pramatang. Hal ini terjadi disebabkan oleh kerisauan lelaki untuk mendapat serangan jantung yang seterusnya semasa hubungan kelamin.
  • Mungkin ia kedengaran pelik, namun ia biasa berlaku.
  • Di samping itu, lelaki yang mempunyai pekerjaan yang menyebabkan tekanan lebih terdedah kepada risiko ini. Gangguan minda dan emosi di tempat kerja boleh dibawa sehingga ke rumah dan mengganggu prestasi mereka di bilik tidur.
  • Pasangan yang kerap bertelagah juga mempunyai peratusan yang tinggi untuk mendapat masalah ejakulasi pramatang.
  • Perbalahan berlaku kepada semua pasangan namun sekiranya ia berlarutan tanpa usaha untuk memperbaikinya, akan menyebabkan kualiti hubungan seksual terjejas.

Perlu Bantuan?