Mati Pucuk

Gejala Impotensi (Mati Pucuk / Disfungsi Ereksi)

Baca Soalan

  • Apabila kita berbincang tentang masalah impotensi, kita akan kaitkan masalah ini dengan golongan lelaki.
  • Tahukah anda masalah sebegini juga boleh melibatkan golongan wanita? Secara amnya, impotensi bermaksud ketidak-upayaan seseorang lelaki mencapai ereksi dan orgasma.
  • Seorang wanita, juga boleh menghadapi masalah dalam mencapai orgasma dan ini juga boleh dikatakan sebagai impotensi seseorang wanita.
  • Oleh itu, di sini kita akan berbincang tentang ciri-ciri impotensi lelaki dan wanita.

Simptom impotensi lelaki:

  • Gejala impotensi yang berlaku kepada seorang lelaki juga dipanggil sebagai disfungsi ereksi. Lebih kurang 10% lelaki akan mengalami masalah ini dalam kehidupan mereka.
  • Disfungsi ereksi ini boleh disebabkan oleh faktor fizikal dan psikologikal. Ciri-ciri suami lemah syahwat yang paling ketara adalah ketidakupayaan mencapai ereksi apabila melakukan hubungan seks.
  • Ereksi yang mencukupi diperlukan untuk mencapai persetubuhan yang memuaskan. Oleh itu, lama-kelamaan, simptom fizikal boleh bertukar kepada simptom-simptom psikologikal.  
  • Simptom psikologikal boleh menyebabkan seseorang:
    • Kegelisahan
    • Kebimbangan
    • Kekurangan keyakinan diri secara berpanjangan
  • Simptom-simptom ini boleh menjejaskan hubungan dengan pasangan mereka dan rutin harian. Pada masa yang sama, simptom psikologikal boleh menyebabkan kurang keinginan untuk melakukan hubungan seks dengan pasangan mereka.
  • Kitaran sebegini boleh memburukkan lagi kedaan pesakitl. Oleh itu, seseorang haruslah mendapatkan bantuan dan berbincang tentang masalah ini supaya rawatan yang efektif dapat diberikan.

Simptom impotensi wanita :

  • Sememangnya perkataan ciri impoten pada wanita adalah tidak tepat kerana mereka mempunyai tubuh yang berbeza dengan lelaki. Sekiranya masalah ini berlaku kepada seseorang wanita, ia dipanggil disfungsi seksual wanita.
  • Masalah boleh berlaku kepada mana - mana wanita, tetapi masalah ini lebih banyak berlaku dalam golongan wanita yang lebih berusia. Faktor-faktor disfungsi seksual wanita juga boleh disebabkan oleh faktor fizikal dan faktor psikologikal.
  • Simptom impotensi wanita lebih kurang sama dengan lelaki kecuali ketidaupayaan mencapai ereksi kerana mereka tidak mempunyai zakar.
  • Bagi kebanyakkan wanita yang mengalami masalah ini, mereka menghadapi masalah kurang keinginan terhadap seks.  
  • Masalah ini adalah lebih kerap berlaku kepada wanita yang:
    • Hamil
    • Mengalami tekanan
    • Selepas melahirkan bayi
  • Sesetengah wanita juga mengalami masalah impotensi kerana tidak mampu mencapai orgasma sewaktu melakukan hubungan seks. Selain itu, kesakitan semasa hubungan seks boleh membuat seseorang wanita tidak berminat ataupun hilang keinginan untuk melakukan hubungan seks.
  • Sekiranya anda mempunyai simptom-simptom sebegini, sila dapatkan pertolongan daripada doktor anda.
  • Hal ini adalah penting untuk menyelesaikan masalah ini dengan rawatan yang efektif dan memperbaiki hubungan dengan pasangan anda.

Written by: Dr Ilias Yee

MB BCh BAO (NUI), LRCPI, LRCSI, Fellow Open Medical Institute (Addiction), Fellow ASHM Leadership (Sexual Health & HIV Medicine)

18 Aug 2018
Perlu Bantuan?