Badan Gemuk

Bagaimana Diagnosis Obesiti (Kegemukan/ Berlebihan Berat Badan)

Baca Soalan

Obesiti merupakan masalah kesihatan yang membimbangkan di Malaysia. Menurut kajian National Health and Morbidity Survey (NHMS) pada tahun 2015,Malaysia mempunyai 30 peratus populasi yang mempunyai berat badan berlebihan dan 17 peratus populasi yang obes dalam kalangan orang dewasa (18 tahun dan ke atas). Statistik ini meningkat sebanyak 80.7% bagi kategori berat badan berlebihan dan 302% bagi kategori obes dalam tempoh 20 tahun. Statistik ini membandingkan data antara kajian NHMS 1996 dan NHMS 2015.

Oleh itu, doktor boleh mendiagnosis obesiti dengan BMI (Body Mass Index).

BMI merupakan cara untuk menentukan sama ada berat badan anda adalah sihat bagi ketinggian anda atau sebaliknya. BMI menggunakan formula berat badan (kilogram, kg) dibahagikan dengan ketinggian gandaan dua (meter square, m^2). Sekiranya anda tidak mengetahui formula pengiraan BMI anda, anda boleh menggunakan kalkulator BMI yang boleh didapati secara atas talian.

BMI boleh ditafsirkan dengan menggunakan senarai tersebut:

18.5 sehingga 24.9 -  berat badan yang normal

25.0 sehingga 29.9 -  berat badan yang berlebihan
30.0 sehingga 39.9 -  obesiti
40.0 dan ke atas     -  obesiti terlampau

BMI sering digunakan tetapi ia tidak semestinya tepat bagi semua orang. Golongan ini termasuk mereka yang berotot, kanak-kanak yang sedang membesar ataupun wanita yang mengandung. Cara mengurangkan masalah obesiti dalam kalangan murid adalah subjektif kerana mereka masih membesar. Sekiranya murid-murid mempunyai badan yang sihat dan aktif, maka BMI merupakan satu bacaan yang kurang penting.

Selain dari BMI, ukuran pinggang digunakan dalam diagnosis obesiti untuk mengenal pasti risiko kesihatan bagi seseorang yang mempunyai ukuran pinggang tertentu. Lelaki dewasa dengan ukuran pinggang melebihi 94cm atau wanita dewasa dengan ukuran pinggang melebihi 80cm mempunyai risiko tinggi mendapat masalah kesihatan yang dikaitkan dengan obesiti, seperti diabetes mellitus, serangan jantung dan barah.

Obesiti sering dikaitkan dengan sindrom metabolik. Sindrom metabolik merupakan kombinasi risiko, seperti tinggi kandungan gula dalam darah, darah tinggi, paras kolestrol yang tinggi dalam darah dan ukuran pinggan yang meningkat. Kaitan antara obesiti dengan metabolik sindrom adalah penting kerana kedua-duanya merupakan masalah kesihatan yang boleh dirawat melalui perubahan gaya hidup. Hal ini kerana obesiti terdiri daripada gaya hidup yang tidak sihat dan tidak aktif.

Written by: SASHINI A/P SEENIVASAGAM

MBBS (Melaka-Manipal)

18 Aug 2018
Perlu Bantuan?