Jangkitan Coronavirus

Adakah Virus Ini Virus Yang Baru Dijumpai? Bagaimana Virus Ini Membahayakan?

Baca Soalan

Wabak 2019 Novel Coronavirus

Seluruh dunia telah disarungkan dalam ketakutan daripada wabak 2019 Novel Coronavirus (2019-nCov) yang berasal dari Wuhan, China. Pertama kali rakyat Malaysia bertembung dengan berita ini adalah sebagai virus “misteri” yang merebak dalam negara China sendiri. Sekarang, wabak ini telah hilang kawalan dan mulai merebak ke hampir 27 negara, orang yang dijangkiti telah melebihi 40 000 kes. Bagi sesetengah orang, Coronavirus mungkin merupakan jenis virus yang baharu, tetapi ia telah wujud sejak lama lagi!

 

Keluarga Coronavirus

2019-nCoV merupakan salah satu ahli daripada Keluarga Coronaviridae, yang boleh diklasifikasi bawah sub-keluarga Orthocoronaviridae. Informasi ini boleh menjadi keliru kepada sesetengah orang, tetapi ingatkah anda tentang virus SARS (Severe acute respiratory syndrome) dan MERS-CoV (Middle Eastern respiratory syndrome)? Ya, virus-virus ini adalah daripada keluarga yang sama! Dalam keluarga ini, terdapat juga ahli-ahli yang lain, namun gejala yang dihasilkan adalah lebih ringan, maksudnya mereka mampu juga menyebabkan selsema yang biasa kita alami sepanjang tahun. Secara klasifikasi genetik, Coronavirus boleh dibahagi kepada alfa, beta, gamma, dan delta. Virus yang dahsyat seperti SARS-CoV, MERS-CoV dan 2019-Novel Coronovirus diletak dalam kumpulan .

 

Struktur Coronavirus

Marilah kita memahami struktur penting yang membolehkan 2019-nCoV jenis virus yang berdaya tahan dan berwabak. 

  • Ia boleh datang dalam bentuk yang berlainan namun secara umum, ia berbentuk bulat dan dibalut oleh satu lapisan pelindung. 
  • Pada lapisan pelindung ini, bertaburlah struktur yang bernama “glycoprotein”, ia berperanan untuk bercantum dengan sel-sel badan kita dan melemahkan sistem imun kita. 
  • Dalam nukleus virus, iaitu “jantung” virus, mengandungi RNA yang boleh memutat dengan kerap, menambahkan kesusahan untuk para saintis untuk mencipta vaksin bagi pembasmian virus ini. Namun, para doktor menggunakan struktur RNA ini untuk mendiagnosa seseorang pesakit dengan ujian yang spesifik.  

 

Musuh Coronavirus

Sejak kita mempunyai pemahaman daripada SARS-CoV dan MERS-CoV sebelum ini, kita dapat mencapai persetujuan bahawa virus ini amat sensitif dan boleh dibunuh dengan darjah suhu yang tinggi, iaitu 56 degree Celcius sepanjang 30 minit. Selain itu, terdapat juga produk disinfektan yang boleh digunakan dalam kehidupan seharian kita seperti Diethyl Ether, 75% Ethanol, disinfektan yang mengandungi Chlorine, Peracetic acid dan cecair yang boleh mencairkan lemak demi melindungi diri kita daripada virus ini. 

 

Seluruh dunia telah menjadi lebih berwaspada dan menunjukkan usaha untuk melambatkan progres wabak 2019 Novel Coronavirus ini sambil mencari jawapan untuk merawat penyakit ini. Kita tidak mahu tragedi wabak SARS-CoV pada tahun 2003 berulang lagi. Di sini, DoctorOnCall menyeru orang ramai untuk membaca daripada sumber yang sah supaya anda dapat melindungi diri sendiri serta orang kesayangan di sekitar anda!

Written by: SASHINI A/P SEENIVASAGAM

MBBS (Melaka-Manipal)

18 Aug 2018
Perlu Bantuan?